Archive for April, 2005

Camne nak hubungi kami?

Saturday, April 23rd, 2005

Oklah… sebab ada yang kata susah sangat nak hubungi dak-dak gathering…. hmm… so, smua dak-dak UPSR 1995 SRK Gombak 2, lehla hubungi beberapa orang yang aktif gathering ni seperti:

~ Nizam Besar @ Nizam Aziz : 012-2544 965
~ Nizam Kecik @ Nizam Zainuddin : 019-6414 557

ATAU

Emel kepada:
1) Emel rasmi batch : upsr95srkg2@yahoo.co.uk
2) Emel Fazreen Ferdian Shah : fazreenferd@hotmail.com
3) Emel kepada friendster ahli-ahli yang aktif seperti : Linda, Nizam kecik, Arnini, Fazreen & Teyya…

Sekian, wassalam….

Hasil meeting pada 20 April 2005

Friday, April 22nd, 2005

"MEETING PERANCANGAN GATHERING MEGA 2005"

Tarikh: 20 April 2005 (Rabu)
Lokasi: Restoran Al-Malek

Mereka-mereka yang hadir:
1) Nizam Besar
2) Nizam Kecik
3) Azihan
4) Hafiz
5) Al-Amin
6) Linda
7) Ninie
8) Teyya

Pada perjumpaan terakhir sebelum ini (Gath raya Nov 2004), beberapa cadangan telah dikemukakan kengkawan…. Dan kebanyakannya setuju untuk mengadakan GATHERING MEGA pada bulan Mei sebab kebanyakan pelajar cuti & tamat praktikal… Sebab lain: Menyambut Fazreen pulang bercuti di Malaysia…

Cadangan terawal yang diterima November lalu:
1) Mengadakan makan-makan di kantin sekolah lama… (konon-konon nak imbas kenagan lama lah tu)..
2) Mengadakan perkhemahan hujung minggu di sekolah seperti perkhemahan semasa Darjah 6 dulu…

Setelah diteliti dan dibincangkan semula rancangan GATHERING MEGA kita, maka kami semua akhirnya bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan perkelahan/BBQ/perkhemahan…. Banyaklah cadangan lokasi yang dicadangkan… Tapi rasanya, untuk GATHERING MEGA yang pertama, sesuailah untuk tidak mengambil lokasi yang terlalu jauh dan sukar untuk mendapatkan pengangkutan… Jadi sebagai kata putus akhir, Nizam Besar mencadangkan diadakan camping di Port Dickson sahajalah dulu….

Serba sedikit info:
Lokasi: Port Dickson
Tarikh: masih belum ditetapkan (sila mesej bila tarikh yang free dan tak free)
Tempoh: 2 hari satu malam (Jumaat & Sabtu)
Tempat tinggal:
1) Khemah tapi sewa 2 bilik hostel untuk boys & girls mandi manda @ tukar baju…
2) Dapatkan banglo TNB tepi pantai PD (sapa ada sedara mara TNB, lehla mintak tolong dapatkan)
Pengangkutan: Sewa bas beramai-ramai (Sapa ada kereta ke takde, semua diwajibkan naik bas bersama-sama, baru seronok)…

Sebarang cadangan daripada ahli komiti juga sangat di alu-alukan bagi menjayakan gathering mega ini.

P/s: Sila berikan tarikh yang korg free & tak free dalam Mei ni… Klo xkomen pepe, kitorg yg tetapkan terus… Dan sesapa yang ada sedara TNB ke apa-apa badan yg leh dapatkan penginapan murah untuk ramai (macam banglo tu), sila-silalah hulurkan bantuan untuk sama-sama menjayakan GATHERING MEGA ni…

Beberapa keping gambar Meeting 19 April di bawah (klik pada nama untuk melihat gambar)..

Gambar meeting 1

Gambar meeting 2

Gambar meeting 3


Wasalam…

Pengenalan….

Friday, April 22nd, 2005

Dsc00449

Assalamualaikum semua…..

Ok, rasanya sesuai untuk kita adakan blogs ni so, segala aktiviti, jemputan, gathering, cadangan dan sebagainya bolehlah diletakkan di sini untuk kemudahan semua…. Alhamdulillah, sebagai pengenalan, ni saya telah uploadkan sedikit sebanyak gambar gathering kita sebelum-sebelum nie…. Sila-sila lah tengok…. tu je yang dapat diupload untuk bulan ni… sebab amek blog yang free, so dia limitkan 50 keping sebulan….

Untuk pengetahuan semua ahli, setakat ni, alhamdulillah kita telah berjaya adakan 2 mini gathering & satu gathering meeting….

1) Gathering pertama untuk batch kita adalah “Gathering buka pose” - 10 Nov 2004…
2) Gathering mega 1 - “Gathering Raya” - 19 Nov 2004…
3) Gathering meeting - “Gathering bufday bash @ meeting?” - 19 April 2005….

Meeting pada 19 April diadakan adalah bertujuan untuk merancang perancangan untuk mengadakan GATHERING MEGA UPSR 1995 yang boleh disertai oleh semua pelajar SRK Gombak 2 yang mengambil UPSR pada tahun 1995 (ayat skema ek..huhu…)… Hope so kita semua bleh berkumpul-kumpul macam dulu kala… Di harap usaha kami akan lebih berjaya kali ini….

So, UPSR 95 di luar sana, sokonglah kami… join us….

Wassalam….